Showing posts with label SUPER JUNIOR. Show all posts
Showing posts with label SUPER JUNIOR. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Super Junior Heechul dinasihat supaya bercinta dengan orang dalam syarikat sahaja


Baru-baru ini, Heechul dari Super Junior telah membongkarkan sedikit sebanyak cerita tentang apa yang telah dikatakan oleh Pengerusi SM Entertainment, Lee Soo Man berkenaan percintaan sesama artis. 
Pada siaran Radio Star MBC (9 Februari 2011), Heechul berkata, "Lee Soo Man menasihatkan saya supaya bercinta dengan (mereka) yang di dalam syarikat sahaja."
Sambil meniru suara Lee Soo Man (artis di Korea memang gemar meniru gaya orang lain, dan apabila berjaya dianggap suatu penghormatan), "Baiklah, pergilah dan bercintalah dengan orang yang di dalam syarikat (kita). Ia lebih senang untuk kita juga... Sekiranya tiba-tiba timbul sebarang skandal, kita akan senang untuk menepisnya." 

Shoo dari SES ketawa dengan tindakan Heechul yang meniru suara itu sambil berkata, "Dah lama saya tak dengar (suara) itu."
Sementara itu, Kim Gura juga bersetuju, "Beliau mengatakan yang beliau (nampaknya) lebih rela anda semua (bercinta) di dalam berbanding di luar."
Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Heechul telah membuatkan para peminat (dan saya juga!) tertanya-tanya adakah sekarang ini terdapat sebarang hubungan cinta berlaku di kalangan artis-artis yang bernaung di bawah SM Entertainment.


Nota: Annyeong haseyo, semua! Saya ialah admin baru. Diharap semua peminat yang terkena tempias-tempias Hallyu Wave akan terus menyokong blog ini. Kami di Korean E! akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anda! :)

Sumber: allkpop, Newsen via Nate

Thursday, October 28, 2010

SUPER JUNIOR

Super Junior
Super Junior atau lebih dikenali sebagai SuJu dianggotai oleh 13 orang ahli. Super Junior ditubuhkan pada tahun 2005. Band boy terbesar Korea Selatan ini pernah merangkul beberapa anugerah antaranya adalah Korean Television Arts Award pada tahun 2006.
Super Junior juga terbabt dalam pelbagai siri realiti termasuk siri realiti mereka sendiri seperti Super Junior Super Show (2005) dan  Super Junior Full House (2006), Unbelievable Outing dan Idol Show.
Diketahui semua, Super Junior merupakan anak emas SM Entertainment memandangkan band boy ini merupakan band yang paling dikenali dan digemari di Korea serta negara-negara Asia yang lain termasuk Malaysia dan Thailand.

Album-album:
SuperJunior05 (TWINS), (2005)
Don’t Don (2007)
Sorry, Sorry (2009)
Bonamana (2010)

Sub- group :
Super Junior-K.R.Y ( Kyuhyun, Ryewook dan Yesung)
Super Junior-T (Leeteuk, Heechul, Kang-In, Shindong, Sungmin, Eunhyuk)
Super Junior-M (Hankyung, Siwon, Donghae, Ryeowook, Kyuhyun)
Super Junior-Happy (Leeteuk, Yesung, Kang-In, Shindong, Sungmin, Eunhyuk)
(hanya Kibum tidak mempunyai subgroup)

Antara single popular:
Happiness
You
Sorry, Sorry
Bonamana

Super Junior juga pernah berlakon dalam sebuah filem mereka sendiri iaitu Attack on the Pin-up Boys dimana Kim Kibum dan Lee Donghae merupakan watak utama. Setiap ahli juga berlakon dalam filem tersebut.

Ahli-ahli Super Junior:
Leeteuk
Heechul
Hankyung
Yesung
Kang-In
Shindong
Sungmin
Eunhyuk
Donghae
Siwon
Ryeowook
Kibum
Kyuhyun