Friday, February 11, 2011

Bolehkah H.O.T bergabung semula?

H.O.T

Mungkinkah HOT akan bergabung semula?
Tahun lepas, bekas ahli kumpulannya, Kangta telah memberitahu bahawa terdapat kemungkinan bahawa akan ada "HOT reunion".
Dia telah menjelaskan bahawa, "Kami adalah selamanya bersama sebagai lima orang anggota. Saya berharap kami akan dapat membuat persembahan lagi. Sekarang ini, Lee Jae Won sedang berkhidmat di dalam tentera dan akan tamat pada tahun hadapan. Apabila beliau sudah tamat dengan khidmatnya (bersama tentera), kami akan berbincang dan merancang tentang reunion kami." 
Ahli kumpulan yang lain, Tony juga telah memberitahu tentang kemungkinan untuk bergabung semula dalam satu sesi temubual pada September 2010. "Kami telah bercakap banyak kali tentang reunion HOT. Saya pernah membuat persembahan bersama Lee Jae Won sekali ketika kami berdua di dalam tentera. Apa-apa pun, saya harap semua ahli (HOT) yang ketika ini di dalam tentera akan menamatkan khidmat mereka dengan selamat." 
Tony kemudian menerangkan tentang peluang itu di dalam sesi temubual yang lain. "Beberapa hari yang lalu, saya bertemu dengan Kangta dan Moon Hee Jun untuk minum bersama. Minggu depan, saya akan bertemu Jang Woo Hyuk, yang sekarang ini sedang mempromosikan aktivitinya di China."
Jadi, sementara mereka ini nampaknya berminat untuk muncul kembali, soalannya, adakah mereka mampu untuk kembali?
Seorang wakil industri muzik telah dilaporkan berkata, "Selepas mereka tamat daripada perkhidmatan tentera, ahli-ahli HOT telah membuat satu kemungkinan untuk bergabung semula. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh banyak halangan, topik ini telah ditolak mentah-mentah. Nampaknya, tidak mungkin akan ada perkara seperti reunion."

Bila ditanya tentang sebabnya, wakil itu menyambung, " Semua ahli mempunyai jadual yang berlainan dan dari agensi yang berbeza. Agak sukar untuk menyeimbangkan kontrak di antara dua syarikat."
Walaupun begitu, jangan biarkan harapan anda tinggal harapan! Dengan Lee Jae Won yang akan kembali pada Mac ini, kemungkinan itu masih ada, bergantung kepada keputusannya.


Sumber: allkpop, Newsen via Yahoo! Korea

No comments:

Post a Comment