Monday, February 21, 2011

[Gambar] Memperkenalkan pasangan KPOP terbaru, pasangan "Hee Dam"!

After School Kahi dan Son Dambi

Nampaknya hubungan ketua kumpulan After School iaitu Park Kahi dan penyanyi solo, Son Dambi sememangnya erat.
Untuk pengetahuan korang, mereka berdua ni memang rapat sejak Kahi masih lagi menjadi penari latar untuk persembahan Dambi beberapa tahun yang lalu. Dambi telah menunjukkan sokongan kepada Kahi yang telah debut dengan sebuah lagu solo iaitu "Come Back, Bad, You" semasa di belakang pentas program Inkigayo.
Para peminat mereka juga tentunya masih ingat yang Kahi juga telah melakukan perkara yang sama ketika Dambi membuat comeback pada Julai tahun lepas.
Ia sesuatu yang menggembirakan apabila dapat melihat kedua-dua mereka ini menunjukkan kasih sayang dan sokongan terhadap satu sama lain. ^^

Sumber: dkpopnews

Nota kaki: Korang semua boleh panggil saya LISA. Admin kedua selepas miss admin kita, Cik Kimlee. :D Sekiranya korang ada bias atau merupakan peminat mana-mana artis Kpop, jangan segan silu untuk memberitahu kami! Kami akan cuba menyiarkan berita yang terbaik untuk korang semua. :)

No comments:

Post a Comment