Thursday, February 10, 2011

Super Junior Heechul dinasihat supaya bercinta dengan orang dalam syarikat sahaja


Baru-baru ini, Heechul dari Super Junior telah membongkarkan sedikit sebanyak cerita tentang apa yang telah dikatakan oleh Pengerusi SM Entertainment, Lee Soo Man berkenaan percintaan sesama artis. 
Pada siaran Radio Star MBC (9 Februari 2011), Heechul berkata, "Lee Soo Man menasihatkan saya supaya bercinta dengan (mereka) yang di dalam syarikat sahaja."
Sambil meniru suara Lee Soo Man (artis di Korea memang gemar meniru gaya orang lain, dan apabila berjaya dianggap suatu penghormatan), "Baiklah, pergilah dan bercintalah dengan orang yang di dalam syarikat (kita). Ia lebih senang untuk kita juga... Sekiranya tiba-tiba timbul sebarang skandal, kita akan senang untuk menepisnya." 

Shoo dari SES ketawa dengan tindakan Heechul yang meniru suara itu sambil berkata, "Dah lama saya tak dengar (suara) itu."
Sementara itu, Kim Gura juga bersetuju, "Beliau mengatakan yang beliau (nampaknya) lebih rela anda semua (bercinta) di dalam berbanding di luar."
Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Heechul telah membuatkan para peminat (dan saya juga!) tertanya-tanya adakah sekarang ini terdapat sebarang hubungan cinta berlaku di kalangan artis-artis yang bernaung di bawah SM Entertainment.


Nota: Annyeong haseyo, semua! Saya ialah admin baru. Diharap semua peminat yang terkena tempias-tempias Hallyu Wave akan terus menyokong blog ini. Kami di Korean E! akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anda! :)

Sumber: allkpop, Newsen via Nate

No comments:

Post a Comment