Tuesday, February 22, 2011

[BERITA] BIG BANG & 2NE1 akan ke Malaysia!


 Woohooo~! Dengar cerita, kumpulan kegemaran saya akan datang ke Malaysia! Yay! ^^
 
2011 akan tetap menjadi tahun di mana Ombak Korea akan terus membanjiri Malaysia, dan para peminat Kpop akan terus sibuk untuk sepanjang tahun! Mengikut laporan awal oleh Sin Chew Entertainment, Halo Music akan membawa Big Bang dan Se7en ke Malaysia pada tahun ini untuk bertemu para peminat, dan 2NE1 juga akan ke Malaysia.  

Merujuk kepada sumber, Big Bang dan 2NE1 telah mengesahkan bahawa mereka akan ke Malaysia pada 4 Jun di mana lima ahli kumpulan Big Bang dan empat ahli kumpulan 2NE1 akan bergabung untuk mengadakan sebuah fan-meeting berskala besar di Stadium Putra Bukit Jalil.
Selain itu, telah dilaporkan juga pada awal tahun ini, Jang Geun Seuk telah mengeluarkan satu notis di laman webnya berkenaan "Jang Geun Seuk 2011 Asia Tour" dan telah mengumumkan jadual untuk setiap negara (yang bakal dilawati). Penganjur, HS Media telah mengesahkan jadual di Malaysia ialah pada 4 Jun 2011. Walaubagaimanapun, tempat persembahan dan harga tiket untuk Asia Tour Malaysia masih belum dipastikan lagi.

Buat masa ini, Redstar yang menganjurkan fan-meeting Big Bang dan 2NE1 telah mengumumkan tempat dan tarikh kecuali harga tiket. Masih tidak diketahui sama ada akan terdapat perubahan kepada persembahan, tetapi jika kedua-dua pihak (Jang Geun Seuk dan Big Bang serta 2NE1) akan datang ke Malaysia untuk menjalankan aktiviti mereka seperti yang telah dijadualkan, para peminat Kpop pasti akan teramat keliru, terutamanya dalam memilih antara dua.

Penaja bersama Redstar, Marctensia juga telah mengumpul komen-komen daripada para peminat Big Bang, 2AM dan miss A yang datang ke Malaysia di facebook mereka. Difahamkan bahawa respon yang diterima agak baik, jadi mungkin, konsert KPOP akan menjadi kenyataan.
Sumber : ent.sinchew-i.com

Nota kaki: Ada sesiapa yang berminat? :D

No comments:

Post a Comment