Monday, February 21, 2011

[Berita] IU dan Taeyeon - vokal terbaik wanita!


Baru-baru ini, TV Report telah menjalankan sebuah tinjauan - "Idol dengan suara terbaik", terhadap 223 orang pelajar dari UVA. Untuk bahagian wanita, IU telah mengungguli tempat pertama.
Dalam sebuah program muzik, IU telah menunjukkan vokal '3 oktaf'nya yang telah menarik ramai peminat. Kehebatannya kemudiannya semakin dikagumi apabila dia mempunyai vokal yang mantap meskipun masih muda. Di dalam tinjauan terbaru, dia telah menerima undian sebanyak 66.16% dan sekali lagi mendapat tempat pertama. Nampaknya tiada siapa yang membantah dengan keputusan tersebut. 
Taeyeon dari SNSD pula telah mendapat tempat kedua dengan undian sebanyak 18.69%. Taeyeon sememangnya telah membuktikan kemahiran vokalnya melalui banyak lagu solo yang dinyanyikan. Tidak lama dulu, versi MR-removed yang dinyanyikan oleh Taeyeon iaitu 'I Love You' telah menarik perhatian ramai disebabkan oleh vokal mantapnya.
SunYe dari Wonder Girls telah mengungguli tempat ketiga dengan 8.59%. Baru-baru ini, suaranya yang lembut dan jelas itu telah dipersembahkan dalam OST drama Dream High yang bertajuk 'Maybe'.
Sementara itu, Luna dari f(x) pula telah mendapat tempat keempat dengan mengumpul undian sebanyak 5.05%, dan Jieun dari Secret telah mendapat tempat kelima dengan undian sebanyak 4.55% dari keseluruhan undi.
Sumber: dkpopnews
Nota kaki: Suka dengan suara mereka semua! ^^

No comments:

Post a Comment