Tuesday, February 22, 2011

[Gambar] Lee Hongki, comelnya selca! Macam Mir dari MBLAQ?


Lee Hongki dari FT Island telah mengambil gambar dirinya sendiri yang nampak seiras seperti Mir dari MBLAQ.


Pada jam 4 pagi, 21 Februari (semalam lah!), Lee Hongki telah meng-upload  dua gambar dirinya di Twitter dan statusnya berbunyi:



"Tengoklah rambut saya! Ia nampak pelik jadi saya telah mengambil gambar walaupun ada titisan air di muka saya! Selamat malam."

Di dalam gambar-gambar ni, Lee Hongki telah memakai telinga kucing berwarna biru! Dan ekspressi wajahnya seakan kembar Mir.

Kebanyakan netizens telah memberi komen seperti, "Lee Hongki, macam Mir," dan "Saya hampir keliru, ingatkan awak Mir!"

Dalam pada itu, Lee Hongki dilaporkan akan membawa watak hero dalam Japanese TBS, drama MBS iaitu "Muscle Girl!" pada April akan datang.

Selain itu, disebabkan FT Island akan menyanyikan OST untuk drama tersebut, Lee Hongki dijadualkan akan menjadi pelakon dan penyanyi untuk produksi ini.

Sumber: Star News

Nota kaki: Lee Hongki macam Mir atau Mir macam Hongki?

No comments:

Post a Comment