Friday, October 29, 2010

SKANDAL JONGHYUN SHINEE dan SHIN SEKYUNG

entri kali ni, Cik Admin nak bocorkan rahsia pasal SHINee. haha. habislah kau SHINee. dengan keluarnya entri ni, Cik Admin yakin yang semua peminat Jonghyun mesti akan gigt jari dan menangis kuat-kuat macam histeria. sebabnya Jonghyun oppa sekarang ni dah berkasih-kasihan pula dengan seorang pelakon yang kepopularaannya suam-suam kuku saja dekat Korea nun. Ok, pelakon yang dimaksudkan ialah Shin Sekyung. tak delah lawa mana pun. * ayat frust nih. dan sehari selepas tersebarnya berita tentang percintaan Jonghyun oppa dengan minah ni (sah mmg frust abis ni), SM Entertainment yakni syarikat pengurusan SHINee telah block semua hubungan luar SHINee gara-gara tak mahu publisiti berlebihan tentang skandal kedua artis Korea ini.


Perbezaan umur antara mereka cuma setahun saja; Jonghyun (20) dan Sekyung (21). maknanya Sekyung lebih tua dari Jonghyun. takpelah. Apa-apa pun Cik Admin harap hubungan mereka biarlah kekal sampai anak cucu. Tapi kita tengok sajalah sampai bila hubungan mereka ni berlanjutan sebab sekarang ni semestinya Jonghyun oppa sedang menerima tekanan hebat dari syarikat pengurusannya. Kesian Jonghyun oppa. ;D

No comments:

Post a Comment