Tuesday, February 22, 2011

[Gambar] Lee Hongki, comelnya selca! Macam Mir dari MBLAQ?


Lee Hongki dari FT Island telah mengambil gambar dirinya sendiri yang nampak seiras seperti Mir dari MBLAQ.


Pada jam 4 pagi, 21 Februari (semalam lah!), Lee Hongki telah meng-upload  dua gambar dirinya di Twitter dan statusnya berbunyi:



"Tengoklah rambut saya! Ia nampak pelik jadi saya telah mengambil gambar walaupun ada titisan air di muka saya! Selamat malam."

Di dalam gambar-gambar ni, Lee Hongki telah memakai telinga kucing berwarna biru! Dan ekspressi wajahnya seakan kembar Mir.

Kebanyakan netizens telah memberi komen seperti, "Lee Hongki, macam Mir," dan "Saya hampir keliru, ingatkan awak Mir!"

Dalam pada itu, Lee Hongki dilaporkan akan membawa watak hero dalam Japanese TBS, drama MBS iaitu "Muscle Girl!" pada April akan datang.

Selain itu, disebabkan FT Island akan menyanyikan OST untuk drama tersebut, Lee Hongki dijadualkan akan menjadi pelakon dan penyanyi untuk produksi ini.

Sumber: Star News

Nota kaki: Lee Hongki macam Mir atau Mir macam Hongki?

[BERITA] BIG BANG & 2NE1 akan ke Malaysia!


 Woohooo~! Dengar cerita, kumpulan kegemaran saya akan datang ke Malaysia! Yay! ^^
 
2011 akan tetap menjadi tahun di mana Ombak Korea akan terus membanjiri Malaysia, dan para peminat Kpop akan terus sibuk untuk sepanjang tahun! Mengikut laporan awal oleh Sin Chew Entertainment, Halo Music akan membawa Big Bang dan Se7en ke Malaysia pada tahun ini untuk bertemu para peminat, dan 2NE1 juga akan ke Malaysia.  

Merujuk kepada sumber, Big Bang dan 2NE1 telah mengesahkan bahawa mereka akan ke Malaysia pada 4 Jun di mana lima ahli kumpulan Big Bang dan empat ahli kumpulan 2NE1 akan bergabung untuk mengadakan sebuah fan-meeting berskala besar di Stadium Putra Bukit Jalil.
Selain itu, telah dilaporkan juga pada awal tahun ini, Jang Geun Seuk telah mengeluarkan satu notis di laman webnya berkenaan "Jang Geun Seuk 2011 Asia Tour" dan telah mengumumkan jadual untuk setiap negara (yang bakal dilawati). Penganjur, HS Media telah mengesahkan jadual di Malaysia ialah pada 4 Jun 2011. Walaubagaimanapun, tempat persembahan dan harga tiket untuk Asia Tour Malaysia masih belum dipastikan lagi.

Buat masa ini, Redstar yang menganjurkan fan-meeting Big Bang dan 2NE1 telah mengumumkan tempat dan tarikh kecuali harga tiket. Masih tidak diketahui sama ada akan terdapat perubahan kepada persembahan, tetapi jika kedua-dua pihak (Jang Geun Seuk dan Big Bang serta 2NE1) akan datang ke Malaysia untuk menjalankan aktiviti mereka seperti yang telah dijadualkan, para peminat Kpop pasti akan teramat keliru, terutamanya dalam memilih antara dua.

Penaja bersama Redstar, Marctensia juga telah mengumpul komen-komen daripada para peminat Big Bang, 2AM dan miss A yang datang ke Malaysia di facebook mereka. Difahamkan bahawa respon yang diterima agak baik, jadi mungkin, konsert KPOP akan menjadi kenyataan.
Sumber : ent.sinchew-i.com

Nota kaki: Ada sesiapa yang berminat? :D

Monday, February 21, 2011

[Berita] IU dan Taeyeon - vokal terbaik wanita!


Baru-baru ini, TV Report telah menjalankan sebuah tinjauan - "Idol dengan suara terbaik", terhadap 223 orang pelajar dari UVA. Untuk bahagian wanita, IU telah mengungguli tempat pertama.
Dalam sebuah program muzik, IU telah menunjukkan vokal '3 oktaf'nya yang telah menarik ramai peminat. Kehebatannya kemudiannya semakin dikagumi apabila dia mempunyai vokal yang mantap meskipun masih muda. Di dalam tinjauan terbaru, dia telah menerima undian sebanyak 66.16% dan sekali lagi mendapat tempat pertama. Nampaknya tiada siapa yang membantah dengan keputusan tersebut. 
Taeyeon dari SNSD pula telah mendapat tempat kedua dengan undian sebanyak 18.69%. Taeyeon sememangnya telah membuktikan kemahiran vokalnya melalui banyak lagu solo yang dinyanyikan. Tidak lama dulu, versi MR-removed yang dinyanyikan oleh Taeyeon iaitu 'I Love You' telah menarik perhatian ramai disebabkan oleh vokal mantapnya.
SunYe dari Wonder Girls telah mengungguli tempat ketiga dengan 8.59%. Baru-baru ini, suaranya yang lembut dan jelas itu telah dipersembahkan dalam OST drama Dream High yang bertajuk 'Maybe'.
Sementara itu, Luna dari f(x) pula telah mendapat tempat keempat dengan mengumpul undian sebanyak 5.05%, dan Jieun dari Secret telah mendapat tempat kelima dengan undian sebanyak 4.55% dari keseluruhan undi.
Sumber: dkpopnews
Nota kaki: Suka dengan suara mereka semua! ^^

[Gambar] Memperkenalkan pasangan KPOP terbaru, pasangan "Hee Dam"!

After School Kahi dan Son Dambi

Nampaknya hubungan ketua kumpulan After School iaitu Park Kahi dan penyanyi solo, Son Dambi sememangnya erat.
Untuk pengetahuan korang, mereka berdua ni memang rapat sejak Kahi masih lagi menjadi penari latar untuk persembahan Dambi beberapa tahun yang lalu. Dambi telah menunjukkan sokongan kepada Kahi yang telah debut dengan sebuah lagu solo iaitu "Come Back, Bad, You" semasa di belakang pentas program Inkigayo.
Para peminat mereka juga tentunya masih ingat yang Kahi juga telah melakukan perkara yang sama ketika Dambi membuat comeback pada Julai tahun lepas.
Ia sesuatu yang menggembirakan apabila dapat melihat kedua-dua mereka ini menunjukkan kasih sayang dan sokongan terhadap satu sama lain. ^^

Sumber: dkpopnews

Nota kaki: Korang semua boleh panggil saya LISA. Admin kedua selepas miss admin kita, Cik Kimlee. :D Sekiranya korang ada bias atau merupakan peminat mana-mana artis Kpop, jangan segan silu untuk memberitahu kami! Kami akan cuba menyiarkan berita yang terbaik untuk korang semua. :)

Saturday, February 19, 2011

Jay Park mohon maaf secara terbuka


Masih ingat dengan Jay Park a.k.a Jaeboom yang pada satu ketika dulu merupakan leader kumpulan hot 2PM?
Baru-baru ini, Jay Park telah menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman baru dan bergerak secara solo. Single-single terbaru Jay Park iaitu I’m Ready dan Maybe One Day telah ditulis sendiri rap nya oleh Jay Park. Hohoho. Seperti yang Cik Admin jangka, Jay Park sangat lah berbakat.
Menerusi laman web rasminya , Jay Park telah memohon maaf secara terbuka pada JYP Entertainment dan juga ahli-ahli 2PM yang lain di atas masa-masa sukar yang telah mereka lalui atas kesulitan yang telah dia lakukan.
Hum, macam nilah, Jay Park. Minta maaf secara terbuka barulah cool.
Annyong!

Monday, February 14, 2011

C.N BLUE buat comeback

dengar khabar, kumpulan C.N Blue yang terkenal dengan lagu mereka, Love Light itu bakal membuat kemunculan semula sekitar Februari ini. hahahaa.
cik Admin tak sabar nak dengar lagu-lagu baru mereka ni.
lagu yang bakal mereka pertaruhkan berjudul Blue Love (kalau tak silap).
clap! clap! clap!
apa kata kita nantikan kemunculan semula mereka ini dengan eonuh debaran nak tak?

nota kaki : SS501 juga telah disahkan membuat kemunculan semula pada tahun 2011. ;-)

Sunday, February 13, 2011

Wedding Dress versi Bahasa Melayu

ingat lagi dengan single dari album solo Taeyang dari kumpulan BigBang tuh?
baru-baru ini, lagu Wedding Dress versi bahasa Melayu telah menjadi semakin popular di kalangan para peminat industri hiburan Korea.
cik Admin pun sangat gila dengan lagu Wedding Dress versi bahasa Melayu tersebut.
khabarnya, penyanyi tersebut iaitu encik Caprice dah jadi kegilaan gadis gadis semalaya.
hek hek hek.
apa pun, pihak Korean E! nak ucapkan sekalung tahniah pada Caprice, Nik Irfan, Ash Lee dan Goldfish (apake nama ni?) kerana telah berjaya membawa lagu ini dengan jayanya.
kami berbangga dengan anda.

Lirik :

Wedding Dress by Caprice lyrics

Ku mencari jalan untuk mendekatimu
Kau lah ilham di setiap melodi dan laguku
Kau lah nadaku
Setiap rentak-rentak ku
Ku ingin selalu bersamamu
Ouhh…
Kau, kaulah gadis idamanku
Kau selalu menatapi wajahku
Siang dan malam, fikiranku melayang
Tertanya-tanya bilakah kau milikku

Chorus
Sayang..
Kau begitu sempurna bagi ku
Tapi jangan kau melupakan asal diri ku
Walau diriku selalu berjauhan dari mu
Tapi janganlah sekali engkau lukakan hatiku
See you in the wedding dress
Ouh see you in the wedding dress
Ouhh..
Wedding dress
Oh noo..

Okey yaa understand
You got this other man
He said he’s special
And me alone am just a friend
Im not perfect, but you know in deep down im worth it
For the day we meet we work it
Shawty you know im perfect
I know im busy but shawty I make time
I can take u to the market and ….
I got love and I been from Damansara
You and I got worry much
I wont play that they said drama
nak lagu ini?
klik sini

BELLA, trio terbaru Korea

mereka ini merupakan buah tangan terbaru syarikat Apple Entertainment.
trio ini terdiri daripada alahai, gadis-gadis yang cun melecun lagi seksi meksi.
Lucy, Kani, Miu dikatakn sangat sukakan binatang terutamanya anjing.
nak dengar lagu terbaru mereka sempena debut BELLA pada bulan hadapan,
jangan segan - segan tonton MV di bawah.
apa lagi, tepuklah ramai ramai.
ok, ;D

Friday, February 11, 2011

Bolehkah H.O.T bergabung semula?

H.O.T

Mungkinkah HOT akan bergabung semula?
Tahun lepas, bekas ahli kumpulannya, Kangta telah memberitahu bahawa terdapat kemungkinan bahawa akan ada "HOT reunion".
Dia telah menjelaskan bahawa, "Kami adalah selamanya bersama sebagai lima orang anggota. Saya berharap kami akan dapat membuat persembahan lagi. Sekarang ini, Lee Jae Won sedang berkhidmat di dalam tentera dan akan tamat pada tahun hadapan. Apabila beliau sudah tamat dengan khidmatnya (bersama tentera), kami akan berbincang dan merancang tentang reunion kami." 
Ahli kumpulan yang lain, Tony juga telah memberitahu tentang kemungkinan untuk bergabung semula dalam satu sesi temubual pada September 2010. "Kami telah bercakap banyak kali tentang reunion HOT. Saya pernah membuat persembahan bersama Lee Jae Won sekali ketika kami berdua di dalam tentera. Apa-apa pun, saya harap semua ahli (HOT) yang ketika ini di dalam tentera akan menamatkan khidmat mereka dengan selamat." 
Tony kemudian menerangkan tentang peluang itu di dalam sesi temubual yang lain. "Beberapa hari yang lalu, saya bertemu dengan Kangta dan Moon Hee Jun untuk minum bersama. Minggu depan, saya akan bertemu Jang Woo Hyuk, yang sekarang ini sedang mempromosikan aktivitinya di China."
Jadi, sementara mereka ini nampaknya berminat untuk muncul kembali, soalannya, adakah mereka mampu untuk kembali?
Seorang wakil industri muzik telah dilaporkan berkata, "Selepas mereka tamat daripada perkhidmatan tentera, ahli-ahli HOT telah membuat satu kemungkinan untuk bergabung semula. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh banyak halangan, topik ini telah ditolak mentah-mentah. Nampaknya, tidak mungkin akan ada perkara seperti reunion."

Bila ditanya tentang sebabnya, wakil itu menyambung, " Semua ahli mempunyai jadual yang berlainan dan dari agensi yang berbeza. Agak sukar untuk menyeimbangkan kontrak di antara dua syarikat."
Walaupun begitu, jangan biarkan harapan anda tinggal harapan! Dengan Lee Jae Won yang akan kembali pada Mac ini, kemungkinan itu masih ada, bergantung kepada keputusannya.


Sumber: allkpop, Newsen via Yahoo! Korea

Thursday, February 10, 2011

Super Junior Heechul dinasihat supaya bercinta dengan orang dalam syarikat sahaja


Baru-baru ini, Heechul dari Super Junior telah membongkarkan sedikit sebanyak cerita tentang apa yang telah dikatakan oleh Pengerusi SM Entertainment, Lee Soo Man berkenaan percintaan sesama artis. 
Pada siaran Radio Star MBC (9 Februari 2011), Heechul berkata, "Lee Soo Man menasihatkan saya supaya bercinta dengan (mereka) yang di dalam syarikat sahaja."
Sambil meniru suara Lee Soo Man (artis di Korea memang gemar meniru gaya orang lain, dan apabila berjaya dianggap suatu penghormatan), "Baiklah, pergilah dan bercintalah dengan orang yang di dalam syarikat (kita). Ia lebih senang untuk kita juga... Sekiranya tiba-tiba timbul sebarang skandal, kita akan senang untuk menepisnya." 

Shoo dari SES ketawa dengan tindakan Heechul yang meniru suara itu sambil berkata, "Dah lama saya tak dengar (suara) itu."
Sementara itu, Kim Gura juga bersetuju, "Beliau mengatakan yang beliau (nampaknya) lebih rela anda semua (bercinta) di dalam berbanding di luar."
Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Heechul telah membuatkan para peminat (dan saya juga!) tertanya-tanya adakah sekarang ini terdapat sebarang hubungan cinta berlaku di kalangan artis-artis yang bernaung di bawah SM Entertainment.


Nota: Annyeong haseyo, semua! Saya ialah admin baru. Diharap semua peminat yang terkena tempias-tempias Hallyu Wave akan terus menyokong blog ini. Kami di Korean E! akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anda! :)

Sumber: allkpop, Newsen via Nate

Sunday, February 6, 2011

Dream High

siapa sedang tengok drama korea terbaru di KBS World? angkat tangan.
oh, ramai rupanya ya.
drama bergenre ala ala sekolah dan romantik ini memang menjadi kegilaan sekarang ni.
lebih lebih lagi bagi para peminat 2PM, IU, Miss A Bae Young Jun dan ramai lagi artis hebat Korea.
Cik Admin pun teruja nak menonton drama ini.
sekarang dekat Malaysia, disiarkan di saluran 391 KBSW pada hari isnin dan selasa jam 9 malam.
insya Allah, sedikit masa lagi, jika tiada halangan, Cik Admin bercadang nak letakkan link drama ini di Korean E!
jadi nantikan aje ya.

nota kaki : cik admin sangat teruja melihat gandingan IU dan Wooyoung dari kumpulan 2PM. hensemnya wooyoung oppa. saranghae. haha. opps menggatal sekejap.